Alternatif Treatment

Wednesday, April 8, 2009

Anda penghidap Pundi Hempedu?

Adakah anda tahu apa itu pundi hempedu?Bagi yang tidak tahu disini saya jelaskan pundi hempedu adalah kantung berbentuk buah pir yang bersaiz bola golf yang terletak di bawah bahagian kanan hati.Ia berfungsi untuk mengumpul dan memekatkan hempedu yang tugasnya untuk mencernakan lemak di dalam tubuh.Hempedu berwarna kuning dan ia dihasilkan dalam hati dan akan disimpan sementara di dalam pundi hempedu.

Terdapat berbagai faktor yang membolehkan seseorang itu menghidap penyakit pundi hempedu.Salah satunya akibat kegagalan tubuh memproses kolestrol dan juga disebabkan pundi hempedu dijangkiti kuman.Antara orang yang berisiko mendapat penyakit ini adalah wanita didalam usia 40 an, wanita yang selepas berkahwin dan juga wanita yang mengandung, wanita yang mengunakan terapi hormon dan yang mengunakan pil pencegah hamil, lelaki dan wanita yang terlebih berat badan,mereka yang makan produk tenusu dan makanan berlemak berlebihan dan faktor keturunan.Pundi hempedu yang bermasalah berpunca dari kehadiran kalkulus hempedu yang terbentuk apabila cecair kimia yang ada dalam pundi hempedu tidak seimbang dan mengakibatkan campuran kimia tadi menjadi pejal atau endap.Lama kelamaan endapan ini akan membesar dan menghalang hempedu daripada pundi hempedu ini akan menjadikan pundi membengkak dan akibat penuh maka pengaliran akan berlaku dan pundi hempedu akan terdedah dengan jangkitan kuman.

Antara simptom-simptomnya adalah rasa sakit menusuk di bahagian kanan atau tengah abdomen biasanya berlaku selepas makan terutama selepas makan makanan yang berminyak.Sakit tadi akan merebak ke belakang atau kehujung bahu diikuti dengan rasa mual, muntah , demam atau penyakit kuning.

No comments: